Kepada;
Penolong Pegawai Pendidikan Agama
Penyelia Pendidikan dan Penyelia KAFA
Semua Guru Besar dan Guru-guru Penolong Sekolah Agama Daerah Kluang
Pembantu-pembantu Tadbir Sekolah Agama Daerah Kluang
Semua Anggota Pentadbiran Pejabat
Pejabat Pendidikan Agama Daerah Kluang
Sebagaimana tuan/puan sedia maklum bahawa pihak jabatan telahpun mengeluarkan pekeliling Panduan Berpakaian sebagaimana Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 2009 yang bertujuan untuk mengemaskinikan peraturan berpakaian guru-guru sebagaimana yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1 tahun 2008 bertarikh 8 Januari 2008.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan diberikan amaran pertama supaya dapat mematuhi standard berpakaian ini. 1) Tudung mestilah labuh dan menutup dada dan tidak jarang.
2) Baju mestilah labuh dan longgar.
3) Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan.
4) Kain/Seluar yang dipakai mesti panjang sehingga ke buku lali.
5) Mesti memakai sarung kaki.
6) Kasut tinggi yang tidak berbunyi (sekiranya hendak memakai kasut yang bertumit tinggi, pastikan tumitnya diperbuat daripada getah).
Sekiranya tidak dipatuhi nama-nama pegawai yang berkenaan akan disenaraikan untuk dihantar menghadiri kursus kaunseling bagi perubahan sikap dan akan direkod dalam buku kenyataan perkhidmatan.
Arahan dari,
Ustaz Samsudin bin Samudi
Pegawai Pendidikan Agama
Daerah Kluang